Aktiviti 1: Cipta photobanner blog kelab

Sunday, August 2, 2009
Syarat2 penyertaan:
1. Photobanner bersaiz 8.5 x 2 inci
2. Maksimum 2 photobanner utk setiap peserta ataupun kumpulan
3. Tagline untuk photobanner "Kelab Foto IPGM Kampus Pulau Pinang"
4. Konsep bebas tetapi mempunyai elemen yang bersih lagi suci
5. Photobanner terbaik akan dipilih melalui undian dari setiap ahli
6. Photobanner terbaik akan menjadi photobanner rasmi semester 2/2009
7. Hadiah akan diumumkan kemudian (suprise!) ttp yg pastinya mmg special
8. Photobanner hendaklah dihantar melalui e-mail: i4pfotoclub@gmail.com
9. Setiap Photobanner yang dihantar akan dipelihara hak ciptanya
10. Hantar sebelum 15 Ogos 2009

Aktiviti Kelab...

Saturday, August 1, 2009
Salam sejahtera semua,
Buat permulaan ini saya (che'mat) yang korang sayang sgt2 ni akan bertindak secara sukarela sebagai penaung penubuhan kelab ini. Setibanya masa yang sesuai nanti, anda semua secara berkumpulan akan mentadbir semua urusan dan aktiviti kelab ini. Untuk menjadikan kelab ini lebih menarik, pihak pengurusan IPGM Kampus Pulau Pinang secara rasminya akan mengiktiraf kelab ini. Dengan itu, aktiviti2 kelab ini akan mendapat sokongan dan pembiayaan kewangan. Walaubagaimanapun, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan kelab ini berfungsi sebagai wadah kepada aktiviti2 dalaman institut serta aktiviti2 kelab ini sendiri.
Kepada ahli-ahli kelab anda mempunyai ruang dan kesaksamaan dalam memberikan idea untuk sebarang aktiviti. Antara aktiviti2 awal yang akan dijalankan ialah:
1. Pertandingan mencipta banner blog kelab
2. Pertandingan mengambil gambar institut (lanskap dan bangunan)
3. Perjumpaan ahli kelab dan aktiviti dalaman
4. Kursus-kursus asas fotografi
5. Pertandingan cipta logo kelab dan t-shirt
Diharapkan semua ahli-ahli kelab dapat memberikan kerjasama dan menjadikan kelab ini sebagai kelab yang paling cool! Jangan lupa promo kepada pelajar-pelajar lain yg berminat untuk menyertai kelab ini...xde kamera ok je janji minat dan boleh layan!...Sila berikan sebarang komen untuk menjadikan blog ini lebih aktif dan tidak bersawang...

Sila Ikut Blog Ini...

Thursday, July 30, 2009



Kepada warga-warga IPGM Kampus P.Pinang, sama ada yg sedang melanjutkan pelajaran di UUM ataupun sedang praktikum...sila jd followers blog ini...anda dikira sudah berdaftar selepas menjadi followers..Sekian, Harap Maklum!