Aktiviti Kelab...

Saturday, August 1, 2009
Salam sejahtera semua,
Buat permulaan ini saya (che'mat) yang korang sayang sgt2 ni akan bertindak secara sukarela sebagai penaung penubuhan kelab ini. Setibanya masa yang sesuai nanti, anda semua secara berkumpulan akan mentadbir semua urusan dan aktiviti kelab ini. Untuk menjadikan kelab ini lebih menarik, pihak pengurusan IPGM Kampus Pulau Pinang secara rasminya akan mengiktiraf kelab ini. Dengan itu, aktiviti2 kelab ini akan mendapat sokongan dan pembiayaan kewangan. Walaubagaimanapun, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan kelab ini berfungsi sebagai wadah kepada aktiviti2 dalaman institut serta aktiviti2 kelab ini sendiri.
Kepada ahli-ahli kelab anda mempunyai ruang dan kesaksamaan dalam memberikan idea untuk sebarang aktiviti. Antara aktiviti2 awal yang akan dijalankan ialah:
1. Pertandingan mencipta banner blog kelab
2. Pertandingan mengambil gambar institut (lanskap dan bangunan)
3. Perjumpaan ahli kelab dan aktiviti dalaman
4. Kursus-kursus asas fotografi
5. Pertandingan cipta logo kelab dan t-shirt
Diharapkan semua ahli-ahli kelab dapat memberikan kerjasama dan menjadikan kelab ini sebagai kelab yang paling cool! Jangan lupa promo kepada pelajar-pelajar lain yg berminat untuk menyertai kelab ini...xde kamera ok je janji minat dan boleh layan!...Sila berikan sebarang komen untuk menjadikan blog ini lebih aktif dan tidak bersawang...

7 comments:

Kelab Fotografi IPGM Kampus Pulau Pinang said...

testing comment...

Jilie Baharin said...

kita akan mulakan aktiviti dengan pertandingan cipta banner utk blog ini...so bleh la kuarkan kamera2 anda utk mula shoot gambo2 menarik then edit la utk jadikan banner...

reenkyra said...

sounds interesting..
hehe..
geng!!
jom sahut cabaran!!
haha =)

hairul amin said...

hoho...bole2..kita akan sahut cabaran ini..

Jilie Baharin said...

ajak le kwn2 lain yg berminat bagi meriah skit...dh ramai nanti baru kita buat facebook account plak...buat masa ni kta tumpukan pd yg ini dlu

Jilie Baharin said...

utk banner blog ni boleh hantar 2 banner oleh setiap org..konsep banner, ada kna mengena dgn institut la..yg penting kreatif dan sedap mata memandang...kita akan pilih pemenang secara undian dlm blog ni..banner yg menang akan menjadi banner rasmi blog ini..amacam???

hairul amin said...

ok2..undian paling best

Post a Comment